Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA, MSS lancar panduan hadapi cuaca panas

Jul 24, 2023 | 6:11 PM
CUACA PANAS: Dengan perubahan iklim, banyak negara, termasuk Singapura, menyaksikan peningkatan dalam suhu. Untuk menggalak penduduk menjaga kesihatan mereka ketika melakukan kegiatan luar yang berpanjangan, NEA dan MSS telah mengeluarkan Panduan Tekanan Haba supaya orang ramai boleh membuat keputusan yang lebih termaklum untuk mengurangkan risiko tekanan haba.
CUACA PANAS: Dengan perubahan iklim, banyak negara, termasuk Singapura, menyaksikan peningkatan dalam suhu. Untuk menggalak penduduk menjaga kesihatan mereka ketika melakukan kegiatan luar yang berpanjangan, NEA dan MSS telah mengeluarkan Panduan Tekanan Haba supaya orang ramai boleh membuat keputusan yang lebih termaklum untuk mengurangkan risiko tekanan haba. - Foto fail

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) telah mengeluarkan panduan rasmi mengenai tekanan haba untuk menggalakkan penduduk menjaga kesihatan mereka ketika melakukan kegiatan luar dalam tempoh yang lama.

Ini sedang Singapura bersiap sedia untuk mengalami suhu lebih panas berikutan fenomena El Nino dan perubahan iklim.

Pelancaran Panduan Tekanan Haba telah dirasmikan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Isnin di pejabat MSS.

Orang ramai boleh merujuk kepada panduan itu untuk membuat keputusan yang lebih termaklum sebelum menjalankan kegiatan di luar yang mengambil masa panjang supaya mereka dapat mengurangkan risiko tekanan haba dan penyakit berkaitan haba.

Menurut panduan itu, terdapat tiga tahap tekanan haba – rendah, sederhana dan tinggi. Bergantung kepada tahap tekanan haba, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlindungan yang berbeza.

Ini termasuk meminum lebih banyak air, mengenakan pakaian ringan dan menggunakan payung atau topi.

Panduan Tekanan Haba boleh diakses melalui aplikasi myENV dan laman web www.weather.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg