Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA sedia sokongan dana kekal kebersihan sekitaran

Apr 17, 2021 | 5:30 AM
f8df9ae5-3be2-4745-82df-015f3c8e03d4
-

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menyediakan sokongan dana untuk kedai kopi dan pusat penjaja bagi memasang kemudahan mengembalikan dan membeli dulang di premis mereka demi menggalak pengendali tempat makan awam mengekalkan kebersihan persekitaran mereka.

NEA juga akan memasang lebih banyak rak untuk mengembalikan dulang dan sudu garpu serta menyediakan lebih banyak dulang di pusat penjaja kendalian NEA bagi memudahkan orang ramai mengembalikan dulang dan sudu garpu yang digunakan, menurut kenyataan agensi itu semalam.

Skim Sokongan Meja Bersih (CTSS) akan menyediakan sokongan dana dengan memotong 50 peratus kos keseluruhan untuk memasang kemudahan mengembalikan dulang dihadkan kepada $2,500 bagi setiap premis.

Ini termasuk stesen, rak, atau troli untuk mengembalikan dulang atau untuk membeli dulang.

Langkah tersebut merupakan sebahagian Kempen Meja Bersih yang dimulakan sejak Februari tahun ini.

Ia bertujuan menggalak dan mempercepatkan proses menyediakan kemudahan untuk mengembalikan dulang.

Kempen Meja Bersih itu mengingatkan pengguna dan juga pihak-pihak berkepentingan di tempat makan awam untuk memastikan meja bersih bagi pelanggan seterusnya.

Skim tersebut akan berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2021.

Pengendali yang berminat boleh merujuk kepada https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/Clean-Tables-Support-Scheme mulai 1 Mei untuk maklumat lanjut berkaitan kriteria dan proses permohonan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg