Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar PKP

May 21, 2021 | 5:30 AM
DIDAKWA: Neelofa (kanan) dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto WEDLOCX.CO
DIDAKWA: Neelofa (kanan) dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto WEDLOCX.CO -

SEREMBAN: Selebriti usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret negeri itu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Neelofa, 32 tahun dan Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 26 tahun, tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Haris, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk 'check in' atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Neelofa, 32 pula berdepan satu pertuduhan iaitu tidak membuat imbasan MySejahtera.

Kesalahan pasangan itu didakwa dilakukan pada 2 Mei lalu kira-kira jam 4 petang bertempat di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, No. 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan.

Kedua-dua tertuduh kemudian didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 (S$16,085) atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Pendakwaan dilakukan barisan Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Ahmad Sazali Omar, TPP Nor Azizah Aling dan TPP Iznina Hanim Hashim, manakala Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Duratul Ain selaku peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Pendakwa memohon wang jaminan RM20,000 terhadap Muhammad Haris, manakala RM10,000 terhadap Neelofa. -- Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg