Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Negara-negara harus bersatu, tolak tekanan untuk pilih pihak: Maliki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara-negara harus bersatu, tolak tekanan untuk pilih pihak: Maliki

Jan 20, 2024 | 11:18 PM



Negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) harus kekal tidak berserah kepada tekanan yang meningkat untuk berpihak kepada mana-mana pihak di tengah-tengah persaingan geopolitik yang kian bertambah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Pada masa yang sama, mereka juga harus kekal bersatu dan menegakkan prinsip asas kemerdekaan, kedaulatan, kewibawaan wilayah serta kesaksamaan kedaulatan negara.

“Prinsip berkecuali, menghormati kedaulatan dan kewibawaan wilayah, kesaksamaan antara negara serta menghormati undang-undang antarabangsa telah menjadikan NAM sebagai pemeran utama dalam forum berbilang hala sejak enam dekad lalu.

“Prinsip-prinsip ini menjadi lebih relevan memandangkan iklim geopolitik yang semakin tegang dan rumit yang kita hadapi,” kata Dr Maliki.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menyampaikan kenyataan Singapura di Sidang Puncak XIX NAM di Kampala, Uganda pada 20 Januari.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), sedang mengadakan lawatan kerja ke Uganda dari 18 hingga 22 Januari.

Dalam ucapannya, beliau juga menarik perhatian beberapa cabaran yang dihadapi dunia termasuk dari segi krisis geopolitik, ekonomi dan perubahan iklim.

Ini termasuk perang antara Russia dengan Ukraine, perang di Gaza, ketegangan di Timur Tengah, ekonomi dunia yang tidak menentu serta ketidaksamaan yang kian meningkat.

Oleh itu, adalah penting NAM bekerjasama untuk mencari penyelesaian bagi isu tersebut.

“Hakikatnya, cabaran ini menjejas kita semua dan memerlukan penyelesaian bersama.

“Dalam konteks ini, NAM mempunyai peranan yang penting... yang boleh menjadi daya positif bagi keamanan dan keselamatan, serta pemangkin bagi perpaduan dan pembangunan mampan,” ujar Dr Maliki.

Tambahnya, prinsip berkecuali NAM tidak bermakna negara-negara harus kekal pasif tetapi sebaliknya, mereka harus secara aktif dan konsisten mempertahan prinsip mereka dan isu yang penting bagi pergerakan tersebut seperti keamanan dan keselamatan serta pembangunan mampan.

Beliau berkata:

“Kita harus tegas menegakkan sifat berbilang hala, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. Kita juga harus memperkukuh PBB sebagai asas bagi dialog dan kerjasama antarabangsa.

“Dalam hal ini, Sidang Masa Hadapan yang akan berlangsung tahun ini memberi peluang kepada kita untuk mengukuhkan sistem berbilang hala yang berasaskan peraturan dan memastikan ia sesuai untuk menangani cabaran kontemporari dan mempercepat pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).”

Dr Maliki turut menyeru negara anggota NAM untuk mengeratkan kerjasama dan memainkan peranan utama dalam menangani pelbagai cabaran baru - seperti dalam bidang perubahan iklim, angkasa lepas dan ruang siber - yang mempunyai kesan rentas negara serta kesan baru yang tidak dapat ditangani oleh satu negara sendiri.

Bahkan, ia juga mungkin mempunyai kesan yang tidak seimbang pada negara yang sedang membangun.

Sebagai contoh, banyak negara pulau kecil yang sedang membangun amat terdedah kepada kesan perubahan iklim yang serius seperti cuaca ekstrem.

Tambahnya, teknologi menimbulkan satu lagi cabaran besar, dengan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) menawarkan peluang besar bagi pembangunan.

Namun untuk meraih manfaatnya sepenuhnya, usaha perlu dijalankan untuk memastikan teknologi itu digunakan dengan tiada orang ketinggalan, kata Dr Maliki.

“Pergerakan ini boleh dan harus menyumbang kepada perbincangan... untuk mewujudkan norma dan peraturan global untuk menangani cabaran baru ini, dengan memenuhi keperluan negara-negara dengan segera,” ujarnya.

Di Uganda, Dr Maliki turut bertemu Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Mohamad Alamin, dan Naib Menteri Luar Indonesia, Encik Pahala Nugraha Mansury.

Beliau juga bertemu Menteri Luar Maldives, Encik Moosa Zameer; Menteri Luar Tanzania, Encik Januari Yusuf Makamba; dan Menteri Luar Negeri Uganda, Encik Henry Oryem Okello di mana mereka berbincang usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan cabaran perubahan iklim.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Uganda, Dr Maliki juga akan menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 77 (G77) dan Sidang Puncak China Third South.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >