SETIAP kali menerima kunjungan tamu ke rumahnya, Cik Saloma Bujang berasa hampa melihat tingkah laku cucu-cucunya yang lebih mementingkan telefon bijak daripada melayan tamu.

Puas Cik Saloma, 65 tahun, memujuk dan menasihati mereka agar bergaul dengan beramah mesra dengan orang lain, namun kata-katanya itu tidak mereka endahkan.