Topik diikuti
Pergi ke BHkuNenek terkorban ekoran luka kebakaran
Nenek terkorban ekoran luka kebakaran
Nenek terkorban ekoran luka kebakaran
Oct 17, 2018 | 5:30 AM
BIASANYA Allahyarhamha Maimon Sharif, 63 tahun, akan menyediakan makanan untuk kesemua anak-anaknya dan juga keluarga mereka supaya mereka dapat berkumpul sambil menjamu selera.
Beliau yang memang gemar memasak berasa senang melihat keluarganya menikmati juadah yang disediakan. Demikian antara kenangan yang akan dirindui keluarganya terutama sekali ketiga-tiga anak Allahyarhamha.
