WADAH penstriman 'raksasa' Netflix telah menaikkan harganya di Singapura. Perkhidmatan di sebalik siri popular seperti drama Korea Squid Game itu mempunyai tiga pelan langganan bulanan. Dengan semakan itu, pelan asas akan naik dari $11.98 ke $12.98 dan pelan standard akan naik dari $15.98 ke $17.48. Pelan premium akan menyaksikan kenaikan terbesar sebanyak $2 dari $19.98 ke $21.98. Pelan premium membolehkan drama atau filem distrimkan dalam Ultra HD dan hingga empat skrin dapat menonton Netflix pada satu-satu masa. Harga baru itu berkuat kuasa pada 7 Oktober dan akan dilancarkan kepada pelanggan sedia ada dalam masa beberapa minggu akan datang, dan kepada semua pelanggan baru secara serta merta. Pelanggan sedia ada akan diberitahu melalui e-mel sebulan sebelum harga baru dikenakan ke atas mereka. Netflix kali terakhir menyesuaikan harganya untuk pengguna Singapura pada Januari 2020, menjadikan kenaikan harga ini yang kedua dalam masa kurang dua tahun.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg