Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Niaga restoran naik 80%

Jun 11, 2022 | 5:30 AM
PELANGGAN RAMAI LAYANAN TIDAK TERJEJAS: Encik Raja Mohamed yang melihat perniagaan di restoran majikannya meningkat berkata layanan kepada para pelanggan tidak terjejas biar pun mereka sibuk.
PELANGGAN RAMAI LAYANAN TIDAK TERJEJAS: Encik Raja Mohamed yang melihat perniagaan di restoran majikannya meningkat berkata layanan kepada para pelanggan tidak terjejas biar pun mereka sibuk. -

SUASANA di restoran yang diuruskan Encik Raja Mohamed begitu sepi sepanjang dua tahun lalu.

Namun keadaan berubah sejurus sempadan antara Singapura dengan Malaysia dibuka pada 1 April lalu.

Restoran Sayed yang diuruskannya, kini mampu dibuka seawal 7 pagi hingga 1 pagi keesokan harinya - setiap hari - selepas perniagaan mereka meningkat sekitar 80 peratus - menyusuli pembukaan sempadan kededua negara.

"Sepanjang 15 tahun bekerja di sini, belum pernah saya lihat dan rasakan keadaan restoran yang amat sepi selama dua tahun.

"Memang sebelum pandemik dan sebelum sempadan kededua negara ditutup, saya anggarkan sekitar 40 hingga 50 peratus pelanggan yang ke mari adalah warga Singapura.

"Jadi apabila sempadan mula dibuka semula, saya rasa gembira kerana jumlah pelanggan - terutama warga Singapura mula kembali melanggani restoran kami," katanya.

Restoran Sayed yang terletak di Jalan Persisiran Perling, menjual sajian seperti beriani ayam dan kambing, prata, naan, tandoori, dan lain-lain lagi.

Menurutnya restoran itu mula dikunjungi ramai warga Singapura mulai Jumaat hingga Ahad.

Kebanyakan mereka datang selepas makan tengahari dan pada waktu malam, dan biasanya ramai yang datang bersama keluarga.

Terdapat enam cawangan restoran di bawah jenama yang sama di serata Johor pada masa ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg