Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati anggerik dan seni bina sejarah Kemboja

Jun 3, 2024 | 5:30 AM
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Gardens by the Bay, Encik Felix Loh; Pengarah Lembaga Gardens by the Bay, Encik John Tan Jiew Hoe; Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua dan Duta Besar Kemboja ke Singapura, Encik Sok Khoeun, di pelancaran pameran, Orchids of Angkor Wat, di Cloud Forest, Gardens by the Bay. Pameran anggerik itu dibuka rasmi pada 17 Mei.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Gardens by the Bay, Encik Felix Loh; Pengarah Lembaga Gardens by the Bay, Encik John Tan Jiew Hoe; Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua dan Duta Besar Kemboja ke Singapura, Encik Sok Khoeun, di pelancaran pameran, Orchids of Angkor Wat, di Cloud Forest, Gardens by the Bay. Pameran anggerik itu dibuka rasmi pada 17 Mei. - Foto GARDENS BY THE BAY

Anggerik yang tumbuh secara melimpah dan terjuntai, menyerupai ‘air terjun bunga’ merupakan antara 50 jenis anggerik asal Kemboja yang diketengahkan dalam pameran terkini di Cloud Forest, Gardens by the Bay, dan dinamakan Orchids of Angkor Wat.

Pameran tersebut merupakan hasil kerjasama Gardens by the Bay dengan Kedutaan Diraja Kemboja di Singapura.

Pameran tersebut cuba menghidupkan semula suasana semasa Empayar Khmer purba, tatkala anggerik merupakan lambang penting bukan sahaja di Kemboja malah di serata dunia.

Anggerik juga dihormati sebagai simbol bangsawan dan ciri-ciri kepercayaan agama dan telah didokumentasikan dalam ukiran di seluruh bandar purba Angkor.

Pameran tersebut berlangsung hingga 8 September 2024, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg