Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NKF lantik CEO baru

Sep 6, 2024 | 4:38 PM
Cik Yen Tan akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan menggantikan Encik Tim Oei mulai 1 Februari 2025.
Cik Yen Tan akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan menggantikan Encik Tim Oei mulai 1 Februari 2025. - Foto NKF

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) mengumumkan pelantikan Cik Yen Tan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Oktober 2024, sebelum Encik Tim Oei digantikan secara rasminya pada 1 Februari 2025.

Menurut NKF dalam kenyataannya pada 6 September, Cik Tan, 54 tahun, pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi di Hospital Khoo Teck Puat dan Yishun Health.

“Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan penjagaan kesihatan, Cik Tan membawa bersamanya pengetahuan yang luas dan perspektif yang segar kepada NKF,” kata NKF.

Pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, turut menekankan bahawa pengalaman Cik Tan dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan kepimpinan dalam operasi dan pengurusan perkhidmatan berkualiti menjadikannya “aset yang tidak ternilai kepada NKF”.

“Tugas beliau dalam transformasi hospital dan mewujudkan persekitaran penyembuhan mampan yang mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan pesakit, penting dalam memajukan misi kami dalam memberikan penjagaan dan sokongan holistik kepada pesakit kami,” tambah Encik Lang.

Encik Lang turut meluahkan keyakinan beliau dengan kepimpinan Cik Tan dalam membantu NKF menuju ke arah matlamatnya untuk terus berinovasi dan mengembangkan keupayaan NKF, serta memastikan pertubuhan tersebut sentiasa memenuhi keperluan pesakit dan masyarakat yang berkembang.

Cik Tan bakal menggantikan Encik Oei, 65 tahun, yang akan berundur pada 31 Januari 2025. 

Encik Tim Oei bakal berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) pada 31 Januari 2025, selepas berkhidmat selama tujuh tahun.
Encik Tim Oei bakal berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) pada 31 Januari 2025, selepas berkhidmat selama tujuh tahun. - Foto NKF

Menurut NKF, Encik Oei akan kekal sebagai penasihat sambilan sehingga 31 Julai 2025 untuk memastikan peralihan yang lancar.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan (Encik Oei), NKF telah mengembangkan rangkaiannya daripada 32 kepada 42 pusat dialisis di seluruh pulau, memastikan lebih ramai rakyat Singapura yang menghadapi kegagalan ginjal menerima rawatan dialisis yang mudah diakses dan mampu menyelamatkan nyawa,” tambah NKF.

Mengambil contoh semasa pandemik Covid-19, Encik Oei telah memastikan rawatan dialisis untuk pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan, dan menjadikan yayasan itu sebagai pusat nasional untuk semua pesakit dialisis yang sedang dalam kuarantin, jelas Encik Lang.

Encik Lang turut merakamkan penghargaan tulus NKF atas perkhidmatan Encik Oei tujuh tahun yang berdedikasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg