Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NLB lancar perpustakaan 'manga' 'pop-up' pertama di City Square Mall

Feb 21, 2023 | 5:30 AM
BUKU GRAFIK DAN KOMIK JEPUN: Peminat komik Jepun atau manga kini boleh mengakses lebih 5,000 tajuk komik di City Square Mall yang turut mengetengahkan komik setempat seperti Mr Kiasu. - Foto FACEBOOK NLB
BUKU GRAFIK DAN KOMIK JEPUN: Peminat komik Jepun atau manga kini boleh mengakses lebih 5,000 tajuk komik di City Square Mall yang turut mengetengahkan komik setempat seperti Mr Kiasu. - Foto FACEBOOK NLB -

PEMINAT komik Jepun, atau manga, kini boleh mengakses lebih 5,000 judul di perpustakaan manga pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), iaitu perpustakaan pop-up selama enam bulan di pusat beli-belah City Square Mall.

Perpustakaan itu mempunyai tajuk komik popular seperti Spy x Family, Dragon Ball Z, Assassin's Creed: Blade Of Shao Jun dan Pokemon Adventures (Merah, Hijau dan Biru).

Hampir seperlima tajuk manga tersebut disumbang oleh penerbit Jepun, Shogakukan Asia, kata NLB pada Isnin, sambil menambah bahawa penerbit itu akan menderma lebih banyak manga pada masa hadapan.

Terletak di tingkat empat pusat beli-belah di Farrer Park itu, perpustakaan tersebut turut menampilkan komik setempat seperti, Mr Kiasu, Roti Kaya And Guyu dan The LKY Story yang boleh dipinjam.

Ia juga mempamerkan koleksi komik setempat yang jarang ditemui, namun bukan untuk dibaca atau dipinjam.

Tajuk yang dipamerkan termasuk Bookworm Gang Adventures - komik popular untuk kanak-kanak pada 1990-an dan 2000-an - dan Captain V, komik penuh warna pertama di Singapura.

Perpustakaan itu mengamalkan konsep "Grab-n-Go" di mana individu boleh mendaftar masuk dan mendaftar keluar secara automatik dengan mengimbas kad pengenalan atau eKad NLB mereka.

Dengan penggunaan teknologi pengenalan frekuensi radio ultra tinggi, buku yang dipinjam akan dipaparkan pada skrin semasa daftar keluar, atau checkout.

Selepas individu mengimbas kad pengenalan mereka, pengesahan peminjaman mereka akan dipaparkan pada skrin.

E-mel pengesahan kemudian akan dihantar ke alamat e-mel mereka.

Terdapat had peminjaman sehingga lapan buku sekali gus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg