Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NMP angkat sumpah

Feb 2, 2021 | 5:30 AM
KOMITMEN UNTUK BERKHIDMAT: Encik Abdul Samad (kanan, tali leher merah) dan sebahagian NMP baru yang lain mengangkat sumpah di parlimen semalam. - Foto MCI
KOMITMEN UNTUK BERKHIDMAT: Encik Abdul Samad (kanan, tali leher merah) dan sebahagian NMP baru yang lain mengangkat sumpah di parlimen semalam. - Foto MCI -

SEMUA Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Baru mengangkat Sumpah Taat Setia di permulaan sidang parlimen semalam.

Antara sembilan wajah baru di parlimen itu adalah dua wakil masyarakat Melayu Islam, pakar gigi Dr Shahira Abdullah, 33 tahun, dan aktivis kesatuan pekerja, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 48 tahun.

Tujuh lagi NMP yang mengangkat sumpah ialah Pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang; Pengarah Sekretariat Persekutuan E-Sukan Global, Encik Mark Chay; Pengarah Urusan Kumpulan GuocoLand Limited, Encik Cheng Hsing Yao; Profesor Hoon Hian Teck daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU); Profesor Koh Lian Pin daripada Universiti Nasional Singapura (NUS); rakan kongsi di firma guaman Tang Thomas LLC, Encik Joshua Thomas Raj; dan Pengarah Klinikal Pusat Buah Dada Thomson Medical, Dr Tan Yia Swam.

Kesemua NMP itu, yang menerima surat pelantikan daripada Presiden Halimah Yacob bulan lalu, akan berkhidmat bagi penggal dua setengah tahun.

Dr Shahira bertugas sebagai konsultan bersekutu dalam pasukan pembedahan pergigian di Hospital Khoo Teck Puat.

Encik Abdul Samad pula berkhidmat sebagai Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan telah hampir 15 tahun melibatkan diri dalam kesatuan sekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg