Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NMP angkat sumpah

Aug 2, 2023 | 5:50 PM
MULA BERKHIDMAT: Sembilan  Anggota Parlimen Dilantik (NMP)  angkat sumpah di Parlimen pada Rabu.
MULA BERKHIDMAT: Sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) angkat sumpah di Parlimen pada Rabu. - Foto MCI

Sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) – termasuk lapan yang baru – telah mengangkat sumpah pada Rabu.

Seorang daripada mereka, peguam NMP Raj Joshua Thomas, berkhidmat semula bagi penggal kedua selama dua setengah tahun.

Kesemua sembilan NMP itu ialah:

Pengasas bersama majalah, Plural Art, Cik Chandradas Usha Ranee.

Pengerusi Eksekutif, firma makanan dan minuman ABR Holdings, Encik Chua Tiang Choon Keith.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), syarikat pakaian Sing Lun Holdings, Encik Mark Lee Kean Phi.

Penolong Naib Presiden Deutsche Bank, Encik Ong Hua Han.

CEO firma pemerolehan Pegasus Asia, Encik Parekh Nimil Rajnikant.

Peguam yang juga Presiden, Persatuan Keselamatan Singapura, Encik Raj Joshua Thomas.

Ketua Program Keselamatan Awam dan Sekuriti, di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim.

Pengarah Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di unit penyelidikan pentadbiran NTUC, Cik See Jinli.

Konsultan psikiatri yang juga Pengarah Urusan, The Starfish Clinic of Psychiatry & Mental Wellness, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg