NMP baru terima surat pelantikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NMP baru terima surat pelantikan

Jan 22, 2021 | 5:30 AM

NMP baru terima surat pelantikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DR SHAHIRA Abdullah (kanan) antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru yang menerima surat pelantikan mereka daripada Presiden Halimah Yacob di Istana semalam.. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
DR SHAHIRA Abdullah (kanan) antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru yang menerima surat pelantikan mereka daripada Presiden Halimah Yacob di Istana semalam.. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

DR SHAHIRA Abdullah antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru yang menerima surat pelantikan mereka daripada Presiden Halimah Yacob di Istana semalam.

Pelantikan itu ialah bagi penggal dua setengah tahun bermula semalam.

Dr Shahira, 33 tahun, seorang konsultan bersekutu dalam pasukan pembedahan pergigian di Hospital Khoo Teck Puat, salah seorang daripada dua NMP Melayu baru.

Seorang lagi ialah Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 48 tahun, yang telah hampir 15 tahun melibatkan diri dalam kesatuan sekerja.

Presiden Halimah berkata perbualan beliau bersama para NMP baru itu menunjukkan mereka amat bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas masing-masing dan berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan warga Singapura dengan menyertai secara aktif perbahasan di Parlimen dan memberi pandangan alternatif yang tidak berpihak di Dewan," kata Puan Halimah, yang menulis di Facebook.

Tujuh lagi NMP yang menerima surat pelantikan mereka semalam ialah Pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang; Pengarah Sekretariat Persekutuan E-Sukan Global, Encik Mark Chay; Pengarah Urusan Kumpulan GuocoLand Limited, Encik Cheng Hsing Yao; Profesor Hoon Hian Teck daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU); Profesor Koh Lian Pin daripada Universiti Nasional Singapura (NUS); rakan kongsi di firma guaman Tang Thomas LLC, Encik Joshua Thomas Raj; dan Pengarah Klinikal Pusat Buah Dada Thomson Medical, Dr Tan Yia Swam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg