SARANAN mempertingkatkan semangat inovasi menerusi sistem pendidikan setempat telah disentuh oleh dua Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dalam perbahasan Belanjawan 2018 baru-baru ini.

NMP, Encik Azmoon Ahmad, berkata meskipun beliau berbesar hati dengan bermacam daya usaha berkaitan pemupukan inovasi dalam Belanjawan kali ini, namun beliau merasakan masih ada kekurangan.