Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indah & menghijau

Kampung Admiralty model bagi perumahan awam di sini
Dec 22, 2018 | 5:30 AM
'KAMPUNG' UNTUK WARGA: Pembangunan bersepadu projek perumahan awam Kampung Admiralty ini merupakan contoh ke atas usaha memperbaiki kehidupan melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan. - Foto fail
'KAMPUNG' UNTUK WARGA: Pembangunan bersepadu projek perumahan awam Kampung Admiralty ini merupakan contoh ke atas usaha memperbaiki kehidupan melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan. - Foto fail -

Dianggap model bagi perumahan awam di sini pada masa depan, Kampung Admiralty diiktiraf Anugerah Bangunan Terbaik di Festival Seni Bina Dunia baru-baru ini. Anugerah seni bina berprestij itu ibarat anugerah Oscar dalam dunia seni bina. Perkampungan persaraan bersepadu di Woodlands itu juga merupakan contoh bagi usaha pemerintah memperbaiki kehidupan melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan. Kompleks setinggi 11 tingkat yang dibina Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu terdiri daripada perumahan awam bagi warga emas yang dilengkapi pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan bagi golongan itu, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat makanan. Mula dihuni sejak Ogos lalu, 'kampung' serba moden dan canggih ini turut menerapkan unsur-unsur kehijauan dengan tanam-tanaman dan pokok-pokok tersusun indah secara bertingkat-tingkat bagi merangsang biodiversiti. Pembangunan Kampung Admiralty turut menggambarkan perkembangan perumahan awam yang dicapai hari ini. Berikut BH turut mengimbas pelbagai projek perumahan awam Singapura sejak kemerdekaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg