PENGERUSI Suruhanjaya Khidmat Awam, Encik Eddie Teo, telah dilantik sebagai pengerusi Majlis Presiden Keharmonian Agama, menurut satu kenyataan Pejabat Presiden semalam.

Encik Teo menggantikan pengerusi sekarang, Encik Goh Joon Seng, seorang pesara hakim Mahkamah Tinggi dan anggota Majlis Penasihat Presiden.