Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan khidmat guaman pro-bono bagi pemohon gaji tidak lebih $10K

Sep 5, 2019 | 5:30 AM
-

PEMOHON boleh mendapat khidmat guaman pro-bono atau secara percuma dari Biro Bantuan Perundangan jika rakyat dan penduduk tetap (PR) Singapura itu mempunyai gaji dan modal boleh guna masing-masing tidak lebih dari $10,000, kata Menteri Negara Kanan (Undang-Undang), Encik Edwin Tong.

Ia merupakan ujian kelayakan ditetapkan sebelum mereka dapat khidmat guaman itu.

Kedua, pemohon juga perlu menunjukkan beliau mempunyai sebab yang baik bagi membawa atau mempertahankan kes itu di bawah undang-undang.

Encik Tong menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) yang menanyakan kriteria pendapatan bagi rakyat mendapatkan khidmat itu.

November lalu, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Bantuan dan Nasihat Guaman.

Kementerian Undang-Undang (MinLaw) ingin melaksanakan pendapatan keluarga per kapita (PCHI) dan nilai tahunan rumah, simpanan dan pelaburan pemohon sebagai kriteria baru, menggantikan kriteria pendapatan boleh guna.

Rang Undang-Undang itu akan memberikan kelonggaran bagi membantu pemohon yang berhadapan dengan keadaan yang amat sukar.

MinLaw berharap untuk mengumumkan perincian kriteria kelayakan dan kesan perubahan itu akhir tahun ini.

Pemohon yang gagal dalam ujian kelayakan itu boleh mendapatkan bantuan dari Khidmat Pro-Bono Persatuan Undang-Undang, Pusat Keadilan Masyarakat dan lebih 50 klinik guaman lain dikendalikan pertubuhan masyarakat, keagamaan dan sukarela

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg