Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas kes Parti Liyani

Oct 6, 2020 | 5:30 AM
ba8c107a-df6f-4cb7-b2b3-aec93eb1be24
-

MAHKAMAH Tinggi baru-baru ini membebaskan bekas pembantu rumah Parti Liyani, 46 tahun, daripada tuduhan mencuri barangan bernilai sekitar $34,000 daripada bekas majikannya, mantan pengerusi Kumpulan Lapangan Terbang Changi Liew Mun Leong serta keluarganya.

Cik Parti yang telah bekerja dengan keluarga Encik Liew dari 2007 hingga 2016 turut dibebaskan daripada satu lagi tuduhan memiliki barangan yang disyaki diperolehi dengan menipu.

Ini menjadikannya bebas daripada semua tuduhan jenayah.

28 OKTOBER 2016

Anak Encik Liew, Encik Karl Liew, berpindah dari rumah keluarganya di Chancery Lane pada Mac 2016 dan Cik Parti disuruh ke rumahnya untuk membantu dengan kerja rumah di sana serta bersihkan pejabatnya di lokasi lain.

Keluarga Liew pecat Cik Parti pada 28 Oktober selepas beliau lahirkan rasa tidak gembira kerana disuruh buat kerja tambahan.

Beliau rasa marah apabila diberi masa dua jam untuk kemas barangnya dan mengancam akan mengadu kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM). Beliau pulang ke Indonesia selepas itu dan minta Encik Karl Liew bayar untuk mengirimkan tiga kotak yang mengandungi barangnya itu kepadanya.

29 OKTOBER 2016

Keluarga Liew buka kotak itu, periksa barang di dalamnya dan merakam video. Mereka dakwa barang itu milik mereka.

30 OKTOBER 2016

Encik Liew dan anaknya buat laporan polis selepas mendakwa ada barang milik keluarga mereka dalam kotak yang dikemas Cik Parti.

2 DISEMBER 2016

Cik Parti kembali ke Singapura untuk bekerja tetapi ditangkap polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Changi.

OGOS 2017

Cik Parti hadapi empat tuduhan mencuri, melibatkan 144 barang bernilai sekitar $50,000.

20 MAC 2019

Cik Parti didapati bersalah terhadap tuduhan itu oleh Hakim Daerah Olivia Low. Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun dua bulan.

Beliau didapati bersalah mencuri barang bernilai $34,000 namun mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

4 SEPTEMBER 2020

Cik Parti dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi.

6 SEPTEMBER 2020

MOM, polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata sedang semak cara kes itu ditangani.

8 SEPTEMBER 2020

Cik Parti dibebaskan daripada satu lagi tuduhan miliki barangan yang disyaki diperolehi dengan menipu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg