Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Antara bantuan bagi pekerja dakap digital

Jun 4, 2020 | 5:30 AM
Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran
Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran -

SEBAHAGIAN BANTUAN BAGI PEKERJA DAKAP DIGITAL

- NTUC akan kerjasama dengan rakan tiga pihak untuk kenal pasti sektor pertumbuhan, bidang reka semula pekerjaan dan pekerjaan baru untuk sokong ITM.

- NTUC dan kesatuan akan ganding bahu dengan syarikat untuk percepat peningkatan kemahiran pekerja dan jadikan latihan relevan dan bermanfaat buat mereka.

- Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad akan memimpin jawatankuasa baru yang bertujuan mendekati anggota masyarakat yang menghadapi kesukaran mencari kerja atau diberhentikan kerja, terutama pekerja berusia lebih 40 tahun

- Jawatankuasa itu menggembleng keupayaan Mendaki Sense dan NTUC bagi membantu individu mendapatkan bantuan sementara, menjalani latihan dan mengenal pasti bidang yang boleh mereka ceburi

- Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) antara dewan perniagaan pertama membentuk Pejabat Rombakan Digital hasil kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA)

- Penubuhan Pasukan Bertindak bagi Transformasi dan Pertumbuhan mempercepat usaha Dewan membantu perniagaan mendakap pendigitalan. Ini termasuk menganjurkan webinar atau seminar di dalam talian untuk mendedahkan anggota kepada wadah digital yang ada pada masa kini

TALIAN BANTUAN

Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC mempermudah warga mendapatkan pekerjaan.

Bagi maklumat lanjut, sila lungsuri https://e2i.com.sg/

Majlis Jaminan Kerja NTUC membantu pekerja dan golongan karyawan dan eksekutif (PME) dengan pekerjaan baru sebelum mereka diberhentikan.

Bagi maklumat lanjut, lungsuri https://e2i.com.sg/individuals/jsc

NTUC Learning Hub menawarkan pelbagai kursus bersubsidi untuk pekerja pertingkat kemahiran.

Bagi maklumat lanjut, lungsuri https://www.ntuclearninghub.com/ atau hubungi 6336-5482

Lungsuri laman Pusat SME @ DPPMS di https://smecentre-smcci.sg/ atau hubungi mereka di 6293-3822

"Pendigitalan boleh memperbaiki kehidupan dan mata pencarian warga. Justeru, pemerintah ingin merebut peluang sekarang dengan membentuk Pejabat Digital SG yang baru dan menggandakan usaha membantu setiap individu, pekerja dan pernigaan mendakap pendigitalan." - Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg