Tempahan jahit baju Raya meningkat
Mar 27, 2021 | 5:30 AM
SAMBUTAN BAIK: Pemilik butik Sufyaa, Cik Azrina Tahar, tidak lagi menerima permintaan untuk tempahan baju Hari Raya tahun ini sejak bulan lalu setelah menerima sambutan yang menggalakkan. - Foto ihsan AZRINA TAHAR -
TEMPAHAN untuk baju Hari Raya tahun ini telah meningkat bagi beberapa pemilik kedai jahit.
Malah, ada juga yang menyaksikan peningkatan sehingga 80 peratus berbanding tahun lalu.
Dengan kelonggaran sekatan Covid-19 dan juga sekatan perjalanan yang tidak membolehkan mereka ke seberang Tambak, ramai pelanggan memutuskan untuk membuat tempahan dengan kedai jahit tempatan.
Oleh kerana permintaan yang tinggi, terdapat pemilik kedai jahit menyatakan mereka tidak lagi mengambil tempahan untuk Lebaran tahun ini.
Laporan lanjut :

