Warga usia di bawah 45 tahun diundang jalani vaksinasi Jun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga usia di bawah 45 tahun diundang jalani vaksinasi Jun

Janil: Sehingga 3 Apr, sekitar 1.05 juta individu telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin; akan ada 40 pusat vaksinasi jelang pertengahan bulan ini
Apr 6, 2021 | 5:30 AM

Warga usia di bawah 45 tahun diundang jalani vaksinasi Jun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bd04e670-cf3b-4112-8254-e2fc138b9402
-

WARGA berusia 45 tahun ke bawah akan diundang untuk menempah slot bagi janji temu vaksin Covid-19 mulai Jun, jika semua berjalan seperti yang dirancangkan, kata Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Janil Puthucheary semalam.

Beliau menambah sehingga 3 April lalu, sekitar 1.05 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ini termasuk lebih 468,000 individu yang telah menerima dos kedua dan mengakhiri proses vaksinasi sepenuhnya.

Memberikan perkembangan terkini di Parlimen berhubung program vaksinasi Singapura, Dr Janil berkata sekitar 60 peratus warga tua yang layak berusia 70 tahun ke atas dan hampir 70 peratus warga tua yang layak berusia antara 60 tahun dengan 69 tahun telah menerima vaksinasi Covid-19 atau membuat tempahan janji temu vaksinasi.

Selain itu, sekitar separuh atau hampir 500,000 penduduk berusia 45 hingga 59 tahun telah mendaftar bagi vaksinasi sejauh ini.

"Kami amat terharu dengan respons kukuh ini," kata Dr Janil sambil menambah bahawa mereka yang telah mendaftar bagi vaksinasi akan menerima undangan secara berperingkat menerusi SMS untuk membuat janji temu.

"Ini mungkin akan mengambil masa memandangkan bilangan mereka yang telah mendaftarkan diri," katanya sambil menambah bahawa sekitar 17 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 45 tahun dengan 59 tahun telah menerima vaksinasi atau membuat tempahan bagi janji temu mereka.

Baki yang lain akan menerima kiriman SMS menjelang pertengahan Mei dan mereka boleh menjangkakan slot tempahan menjelang awal Jun, tambahnya sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen yang telah memfailkan soalan mengenai program vaksinasi negara.

Jumlah pusat vaksinasi juga telah ditambah kepada 31 hari ini dan akan terdapat sejumlah 40 pusat vaksinasi seluruh negara menjelang pertengahan April, tambahnya lagi.

Dr Janil berkata bekalan vaksin Singapura kekal terhad kerana ia bergantung pada keupayaan pengilang vaksin untuk menghantarnya, di tengah-tengah permintaan global yang tinggi.

"Ini telah mengakibatkan slot tempahan terhad dalam beberapa hari ini.

"Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku terhadap mereka yang tidak dapat membuat tempahan awal sebelum ini.

"Dengan ketibaan lebih banyak bekalan, kami akan secara berperingkat membuka lebih banyak slot," ujarnya.

Menyentuh tentang pekerja keagamaan, Dr Janil akur bahawa golongan itu mungkin akan menghadapi risiko berpotensi apabila mereka berhubungan dengan jemaah termasuk warga tua.

Menurutnya, pekerja keagamaan berusia 45 tahun ke atas, sudah pun layak untuk divaksinasi.

"Pekerja keagamaan juga perlu mematuhi langkah pengurusan selamat dalam menjalankan khidmat agama dan apabila mendekati jemaah," ujarnya.

Semalam, Parlimen turut meluluskan usulan untuk menyumbang AS$20.57 juta ($27.69 juta) kepada usaha antarabangsa bagi membantu negara berpendapatan rendah mengatasi kesan ekonomi dek pandemik Covid-19.

Sumbangan itu akan membantu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) membiayai kenaikan permintaan bantuan kewangan

Lima rang undang-undang baru juga diperkenalkan, termasuk pindaan yang diusulkan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya untuk mempertingkat keselamatan jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg