Wajah dinanti di majlis walimah?

Wajahnya selalu dinanti-nantikan di majlis-majlis perkahwinan orang Islam - bukan sebagai tetamu tetapi sebagai kadi yang bertanggungjawab menyempurnakan majlis pernikahan mempelai. Suaranya pula begitu dikenali setiap kali ke udara di radio dalam rancangan berunsur kerohanian. Beliau selalu nampak tenang dengan senyuman, tetapi tahukah anda, di sebalik ketenangan itu, banyak cabaran yang dilalui untuk memastikan tugasnya berjalan dengan lancar?