Menjadi tetamu Allah swt dan menjejakkan kaki di Tanah Suci ialah impian besar setiap Muslim.

Justeru, memilih agensi haji yang berpengalaman dan mempunyai pembimbing agama yang berkelayakan serta mengutamakan kebajikan jemaah merupakan antara persediaan penting sebelum memulakan perjalanan suci ini.

Dengan pengalamannya yang luas, Noor Mohamad Services & Travel, sekali lagi menerima kelulusan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menawarkan pakej haji musim 1448H/2027.

PENGALAMAN 30 TAHUN BINA KEPERCAYAAN

Pengalaman hampir 30 tahun mengendalikan perjalanan haji dan umrah telah memberi Noor Mohamad Services & Travel pengalaman berharga dalam memahami keperluan ‘duyufurrahman’, atau para tetamu Allah.

Sepanjang tempoh itu, syarikat ini sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik, memahami keperluan jemaah serta memastikan setiap urusan perjalanan ke Makkah dan Madinah dikendalikan dengan penuh perhatian dari awal hingga akhir.

Perjalanan ke Baitullah seharusnya dilalui dengan penuh ketenangan, bukan dibayangi kerisauan.

Apabila segala urusan perjalanan diatur dengan baik, hati lebih tenang dan jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.

BIMBINGAN ASATIZAH DARI SINGAPURA

Antara kelebihan Noor Mohamad Services & Travel ialah jemaah dibimbing secara langsung oleh pengarah syarikatnya, Ustazah Juyda Noor Mohamad.

Beliau turut bertindak sebagai mutawifah, iaitu pembimbing dan pakar rujuk bagi ibadah haji dan umrah dan dibantu oleh Ustaz Mohammad Hafiz Kusari, selaku mutawif dalam membimbing jemaah sepanjang perjalanan ibadah mereka.

Kedua-duanya berasal dari Singapura dan mempunyai pengiktirafan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Dengan kebolehan berkomunikasi dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab, mereka mampu memberikan bimbingan serta penerangan dengan lebih jelas dan mudah difahami jemaah.

Kursus persediaan haji dan bimbingan agama syarikat itu dikendalikan oleh Ustazah Juyda sendiri, yang mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dan syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Melalui bimbingan ini, bakal jemaah bukan sahaja dibantu memahami pelaksanaan ibadah, malah diberikan persediaan rohani dan panduan adab sepanjang perjalanan kerohanian ini.

Bagi jemaah wanita, perhatian khusus turut diberikan kepada persoalan fiqah wanita.

Mereka boleh mendapatkan penjelasan mengenai hukum haid, istihadah dan perkara berkaitan ibadah haji tanpa rasa malu atau segan.

Sementara itu, Ustaz Mohammad Hafiz Kusari akan membimbing jemaah dalam pelaksanaan ibadah, termasuk tawaf dan sai supaya setiap amalan dilakukan dengan ilmu dan kefahaman.

KEMUDAHAN DAN KEBAJIKAN JEMAAH JADI KEUTAMAAN

Bagi Noor Mohamad Services & Travel, setiap anggota jemaah bukan sekadar peserta pakej,tetapi tetamu Allah yang perlu disantuni dengan penuh perhatian.

Justeru, keselesaan, kemudahan dan kebajikan mereka sentiasa diberi keutamaan oleh syarikat ini agar jemaah dapat memberikan tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Dengan kakitangan dan pegawai dari Singapura yang memahami bahasa serta budaya mereka, jemaah dapat berkomunikasi dengan mudah dan mendapatkan bantuan sepanjang perjalanan.

Penginapan berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pula memudahkan jemaah berulang-alik untuk menunaikan solat dan melakukan ibadah lain.

Ini pastinya menjadi pertimbangan penting, khususnya bagi jemaah warga emas yang memerlukan kemudahan pergerakan dan perhatian tambahan.

Setiap urusan perjalanan dirancang dengan teliti oleh pasukan berpengalaman, bermula daripada persediaan awal di Singapura kepada urusan keberangkatan dan hinggalah ketibaan dan pengurusan jemaah di Tanah Suci.

AMANAH DILAKSANA DENGAN DEDIKASI

“Insya-Allah, Noor Mohamad Services & Travel akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh dedikasi, keprihatinan dan komitmen.

“Kami berharap dapat membantu setiap (anggota) jemaah memperoleh pengalaman haji yang bermakna, dengan kebajikan mereka terpelihara dan ibadah mereka dibimbing sebaiknya,” tambah Ustazah Juyda.

Semoga Allah swt mempermudah perjalanan semua jemaah haji, menerima setiap amal ibadah mereka dan mengurniakan setiap anggota jemaah haji yang mabrur.

MAKLUMAT:

+ Layari laman web, https://www.noormohamad.com untuk maklumat lanjut

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti