JUMLAH plot berkebun masyarakat akan meningkat dua kali ganda dalam masa sepuluh tahun lagi.

Lembaga Taman Negara (NParks) sedang dalam perancangan untuk mewujudkan sebanyak 3,000 kebun masyarakat dan 3,000 kebun peruntukan di taman-taman di seluruh negara menjelang 2030.

Buat masa ini, terdapat lebih dari 1,500 kebun masyarakat dan 1,000 kebun peruntukan yang ada di Singapura.

Bagi menggalak orang ramai untuk bercucuk tanam di rumah mereka, NParks telah melancarkan satu daya usaha yang dikenali sebagai "Gardening with Edibles" hari ini (18 Jun) yang termasuk mengagihkan paket percuma biji benih sayuran dan buahan.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi www.go.gov.sg/gardening-with- edibles mulai hari ini.

Orang ramai boleh memilih untuk menanam sayur-sayuran seperti kubis, sawi, kangkong, tomato, terung dan bendi. Semua sayuran ini biasa digunakan dalam masakan hidangan Singapura.

Arahan, dalam empat bahasa, mengenai cara menanamnya juga akan diberikan.