BAGI menangani isu seperti paras air laut yang semakin meningkat dan suhu permukaan air laut yang lebih panas, Lembaga Taman Negara (NParks) akan mengetuai satu program penyelidikan baru mengenai perubahan iklim marin bernilai $25 juta.
Ini merupakan antara lima inisiatif untuk mempelajari kemampanan bandar dan merupakan sebahagian daripada pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025.
Pelan tersebut bertujuan mencarta arah penyelidikan sepanjang lima tahun akan datang.
Secara berasingan, agensi air negara PUB sedang meninjau cara mengurangkan tenaga yang digunakan dan sisa yang dihasilkan ekoran penyahmasinan.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Institut bagi Penyelidikan Infokom di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pula akan membangunkan konsep Bijak Binaan 5G.
Ia akan meninjau bagaimana untuk menerapkan teknologi 5G dalam dron, robot dan kecerdasan buatan (IA) untuk memantau tapak binaan.
Laporan penuh - $25 juta diperuntuk bagi kaji sains perubahan iklim
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg