Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NSF meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di Kem Pasir Laba

MINDEF-SPF: Tiada kaitan dengan latihan, siasatan sedang dijalankan
Sep 28, 2024 | 2:36 PM
Kem Pasir Laba, di mana seorang askar NSF ditemui tidar sedarkan diri pada 27 September.
Kem Pasir Laba, di mana seorang askar NSF ditemui tidar sedarkan diri pada 27 September. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Seorang askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang merupakan anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Kem Pasir Laba pada 27 September.

Kematian askar itu tidak berkaitan dengan latihan, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan bersama pada hari yang sama.

Siasatan awal menunjukkan tiada penganiayaan telah berlaku dan polis telah menyifatkannya sebagai kematian luar biasa, menurut kenyataan itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kenyataan itu menyatakan askar tersebut ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak memberi respons di sebelah katil di Kem Pasir Laba pada lewat petang 27 September.

“Perkhidmatan Ambulans SAF dikerahkan oleh unit untuk membawanya ke Hospital Besar Ng Teng Fong. Walaupun askar itu cuba dibangunkan dalam perjalanan ke hospital, beliau disahkan meninggal dunia di hospital,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Mindef dan SAF sedang membantu keluarga askar tersebut dalam tempoh sukar ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg