Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NSmen dan NSF kini boleh beli peralatan tentera di Lazada sedang SAF mulakan eMart di platform itu

Sep 6, 2022 | 5:19 PM
Beberapa produk eMart yang kini tersedia di Lazada termasuk peralatan ketenteraan, pakaian dan kasut. - AQIL HAMZAH
Beberapa produk eMart yang kini tersedia di Lazada termasuk peralatan ketenteraan, pakaian dan kasut. - AQIL HAMZAH -

Anggota kerahan dan sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kini boleh membeli peralatan ketenteraan daripada pasaran dalam talian Lazada, dengan penampilan eMart SAF di platform itu. Mereka dapat menjimatkan kos penghantaran dalam talian, tetapi kredit eMart, yang diberikan kepada setiap anggota perkhidmatan, tidak boleh digunakan di Lazada kerana pelanggan perlu membayar dengan kad debit atau kredit mereka. Lifestylemart dilancarkan pada Selasa (6 Sep) di bawah kerjasama antara Lazada Singapura dengan Komand Sokongan Perkhidmatan Kombat SAF. Dua pihak itu menandatangani memorandum persefahaman di ibu pejabat Lazada di Bras Basah pada Selasa, menjadikan produk SAF lebih mudah didapati. Pada masa ini, Lifestylemart di Lazada menjual 22 produk ketenteraan. Ini termasuk beg air 3 liter, krim penyamaran dan pisau berbilang guna, yang dianggap sebagai barangan keperluan tentera. Lebih banyak barangan akan ditambah. Sebelum ini, anggota tentera sepenuh masa (NSF) dan anggota kerahan negara (NSmen) boleh membeli barangan secara fizikal sama ada di kedai SAF, dikenali sebagai eMarts, atau dalam talian melalui Portal NS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg