Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTU labur $5.7j untuk tingkat pengeluaran tenaga suria di kampus

Nov 9, 2022 | 5:30 AM
f18ebc70-df2a-4157-a6a0-46344bb6f8ec
-

UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU), sebagai sebahagian daripada komitmen iklimnya, telah melabur $5.7 juta untuk meningkatkan pengeluaran tenaga suria di kampus sebanyak 74 peratus.

Lebih 13,000 panel fotovoltan suria akan dipasang di Kampus Pintar NTU menjelang tahun depan.

Universiti itu kini mempunyai 19,000 panel suria, yang dipasang pada 2015.

Tenaga suria yang dijana akan digunakan untuk membekalkan kuasa kepada bangunan dan kemudahan NTU.

Dengan panel tambahan, jumlah keluaran tenaga suria NTU akan meningkat kepada setinggi 9.82 megawatt (MWp) - cukup untuk menjana kuasa untuk lebih 5,300 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dua bilik selama setahun.

Di bawah pelan strategik lima tahunnya, NTU akan menerapkan penyelesaian berdaya teknologi untuk pembelajaran dan pengalaman hidup yang lebih baik, penemuan pengetahuan baru dan kemampanan sumber.

Pengarah eksekutif pejabat kemampanan NTU, Profesor Madhavi Srinivasan, berkata:

"Menggunakan reka bentuk dan teknologi untuk membolehkan bangunan menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk menguasakan sendiri boleh membantu mengurangkan perubahan iklim dengan cara yang bermakna.

"Menggunakan tenaga elektrik yang dijana daripada panel suria seluruh kampus kami hanyalah salah satu daripada pelbagai inisiatif yang mencerminkan komitmen NTU terhadap penyahkarbonan dan pembangunan mampan."

Naib Presiden NTU, Cik Tan Aik Na, berkata universiti itu menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50 peratus dan mencapai neutraliti karbon menjelang 2035.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg