Topik diikuti
Pergi ke BHkuNTUC akan sokong 1,000 syarikat dengan geran tingkat produktiviti
NTUC akan sokong 1,000 syarikat dengan geran tingkat produktiviti
NTUC akan sokong 1,000 syarikat dengan geran tingkat produktiviti

GERAKAN pekerja Singapura akan menyokong 1,000 syarikat dalam tempoh empat tahun mendatang melalui sebuah geran $70 juta untuk meningkatkan produktiviti, mereka semula pekerjaan dan mempertingkat kemahiran pekerja, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, semalam.
Mulai Ogos ini, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC akan mula memproses permohanan daripada majikan yang layak bagi geran itu, yang kali pertama diumumkan semasa bahas Belanjawan pada Mac lalu.
Untuk berbuat demikian, mereka mesti telah menetapkan rancangan kukuh untuk mengubah tenaga kerja mereka, dengan jawatankuasa latihan syarikat (CTC) membantu melaksana rancangan tersebut.
CTC merangkumi wakil daripada pihak pengurusan syarikat dan juga pemimpin kesatuan.
Tugas mereka termasuk menyemak rancangan latihan semasa syarikat, mengenal pasti jurang kemahiran, merancang bagi peningkatan kemahiran dan kemaraan kerjaya bagi pekerja mereka, dan membangunkan dan melaksanakan program latihan baru.
Dalam ucapan Rapat Hari Pekerja yang disampaikan di Downtown East dan disiarkan dalam alam maya, Encik Ng menyifatkan CTC sebagai kunci kepada usaha NTUC untuk mempertingkat kemahiran pekerja di tengah-tengah ketidakpastian ini.
Apabila NTUC memperkenalkan model CTC pada 2019, ia berkata ia menyasar membantu sekitar 330,000 pekerja.
Terdapat lebih 900 CTC sekarang dan jumlahnya masih bertambah, kata Encik Ng.
"CTC benar-benar seperti bayi yang sedang membesar, kini agak dalam bentuk, tetapi memerlukan lebih banyak asuhan untuk berkembang menjadi pencapaian ," kata ketua pekerja itu.
Geran $70 juta itu - yang merupakan sebahagian daripada $100 juta yang diperuntuk pemerintah untuk membantu syarikat melaksanakan program latihan dan transformasi - bertujuan membawa kepada prospek pekerjaan lebih baik, dan seterusnya, gaji lebih baik untuk pekerja, tambah Encik Ng.
Bagi perniagaan, ini bermakna produktiviti dipertingkat dan inovasi, dan keupayaan menarik bakat lebih baik secara lebih berkesan.
Untuk memberi gambaran kesan CTC itu, Encik Ng memberi contoh bagaimana syarikat pembekal utiliti SP Group dan Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage) menyediakan 800,000 jam latihan dengan 200 pekerja melalui peningkatan kemahiran.
Misalnya, Encik Muhammad Yazid menyertai SP sebagai penyelenggara stor pada 2013 dan tahun lalu, beliau telah ditaja oleh syarikat itu bagi mengikuti kursus diploma dalam rantaian bekalan dan logistik.
Encik Yazid kini seorang pegawai gudang yang menyelia sepasukan enam orang - peranan bernilai lebih tinggi yang memberi beliau gaji lebih baik.