LEBIH 420 anggota Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) termasuk para pemimpin kesatuan, sektor perniagaan dan pemerintah menghadiri sesi dialog maya pada Khamis (30 April), sempena menyambut Hari Pekerja tahun ini.
Sesi dialog tertutup itu diadakan selepas ucapan rapat Hari Pekerja Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada malam Khamis.
Ia dipimpin Presiden NTUC, Cik Mary Liew Setiausaha-Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng bersama Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Dr Robert Yap.
Pemimpin persatuan turut diundang dalam sesi dialog anjuran NTUC itu.
Mereka mewakili NTUC U Associate; NTUC U SME (perniagaan kecil dan sederhana); NTUC U FSE (Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri); masyarakat NTUC; majikan; dan pemimpin pemerintah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg