Premium
NTUC Enterprise ambil alih Kopitiam
Langkah sebahagian misi sosial bagi pastikan makanan dijual dengan harga berpatutan
Sep 22, 2018 | 5:30 AM
PASTIKAN HIDANGAN DIMAMPUI PELANGGAN: NTUC Enterprise dan Kopitiam berkata mereka komited menjaga kepentingan pelanggan dan mata pencarian penyewa gerai masing-masing selepas proses ambil alih selesai. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
NTUC Enterprise Co-operative Limited (NTUC Enterprise) akan membeli syarikat pengendali pusat makanan, kedai kopi dan pusat penjaja Kopitiam Investment Pte Ltd serta anak syarikatnya (Kopitiam).
Langkah itu merupakan sebahagian misi sosial NTUC Enterprise untuk memastikan bahawa makanan dijual dengan harga berpatutan bagi masyarakat Singapura.

