Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTUC FairPrice Bukit Batok kunci susu formula bayi bagi halang dicuri

Jan 20, 2023 | 5:30 AM
DIKUNCI RAPI: Susu tepung di NTUC FairPrice Bukit Batok ini dikepung oleh skrin plastik yang dikunci dalam usaha mengawal kecurian - Foto BH oleh FELINE LIM
DIKUNCI RAPI: Susu tepung di NTUC FairPrice Bukit Batok ini dikepung oleh skrin plastik yang dikunci dalam usaha mengawal kecurian - Foto BH oleh FELINE LIM -

SEBUAH cawangan NTUC FairPrice di Bukit Batok telah mula mengunci rak susu tepung sebagai sebahagian daripada langkah mencegah kecurian.

Cawangan rangkaian pasar raya setempat di stesen MRT Bukit Batok itu melancarkan inisiatif tersebut dua minggu lalu sebagai percubaan menghalang pencuri kerana ia barang yang lazimnya dicuri, kata jurucakap FairPrice.

"Inisiatif ini melengkapkan pelbagai langkah keselamatan lain yang kami ada, termasuk kamera litar tertutup dan pegawai keselamatan berpakaian biasa, untuk menghalang tindakan jenayah mencuri," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa rangkaian pasar raya itu akan terus menilai sama ada untuk meneruskan langkah tersebut.

Menurut laporan The Straits Times, susu tepung yang dijual di FairPrice tersebut diletakkan di rak-rak yang dikepung oleh skrin plastik yang dikunci.

Pelanggan yang mahu membeli susu tepung itu perlu meminta bantuan kakitangan cawangan di situ untuk membuka kunci skrin.

Susu tepung bayi boleh berharga serendah $22.60 bagi satu tin 900 gram Abbott Grow Toddler Growing Up Milk atau setinggi $113.35 bagi tin 1.8 kilogram Similac Follow On Milk Formula - Step 2, menurut kedai dalam talian FairPrice.

Pada 2020, seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 30 dan 39 tahun ditahan kerana mencuri susu tepung di pasar raya sebanyak lima kali dan didakwa di mahkamah.

Pada 2014, satu lagi pasangan dipenjara kerana mencuri susu tepung untuk dijual semula bagi meraih keuntungan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg