Topik diikuti
Pergi ke BHkuNTUC Foodfare perjelas dakwaan libat isu penjaja
NTUC Foodfare perjelas dakwaan libat isu penjaja
NTUC Foodfare perjelas dakwaan libat isu penjaja

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 25, 2018 | 5:30 AM
NTUC Foodfare mengeluarkan kenyataan media semalam untuk menangkis beberapa dakwaan dalam talian berhubung pengurusan Pusat Penjaja Old Airport Road (OAHC).
Dalam kenyataan media itu, NTUC Foodfare - perusahaan sosial yang menguruskan pusat penjaja di sini - menyentuh empat dakwaan antaranya termasuk bayaran pembersihan meja yang meningkat, insurans mandatori yang tidak dijangka, penjaja dipaksa beroperasi bagi tempoh yang lama dan penjaja disuruh menandatangani kontrak yang tidak mereka fahami.