Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NTUC lancar skim bantuan bagi pekerja platform yang cedera ketika bekerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar skim bantuan bagi pekerja platform yang cedera ketika bekerja

Ia bertujuan beri bantuan kewangan segera kepada pemandu teksi, kereta sewa privet dan pekerja penghantaran yang terjejas
Dec 06, 2023 | 05:10 PM



Satu skim bantuan baru telah diperkenalkan untuk pekerja platform yang mengalami kecederaan semasa bekerja.

Dikenali sebagai Skim Dana Penjagaan NTUC (Bantuan Kecederaan Tempat Kerja), ia bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan segera kepada pemandu teksi, pemandu kereta sewa privet (PHV) dan pekerja penghantaran yang terjejas.

Skim tersebut, yang merupakan satu daya usaha sama oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA) dan Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), akan menawarkan baucar NTUC FairPrice bernilai $250 kepada ahli persatuan yang layak.

Bantuan ini direka sebagai “bantuan penghubung yang penting” sementara pekerja terjejas menunggu program bantuan atau tuntutan insurans lain diproses, kata NTUC dalam kenyataannya pada 6 Disember.

“Sedang perkhidmatan platform serta penghantaran terus mendapat permintaan, NTUC dan persatuan gabungannya telah bersatu, mengambil tindakan untuk menawarkan bantuan kepada ahli yang terjejas ketika mereka mengharungi waktu yang sukar,” kata NTUC.

Pergerakan pekerja menambah bahawa penunggang penghantaran, pemandu PHV dan pemandu teksi berhadapan dengan risiko yang wujud semasa berada di jalan raya di mana mereka terdedah kepada kemalangan atau kecederaan yang tidak dijangka.

Ini diburukkan lagi dengan mereka terpaksa bekerja dalam “keadaan kurang ideal” seperti semasa hujan lebat, kata NTUC.

Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menekankan peri penting memberi bantuan segera kepada ahli yang terjejas supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pemulihan mereka tanpa tekanan tambahan akibat ketidakstabilan kewangan.

Skim ini juga mencerminkan komitmen NTUC untuk menyokong pekerja dalam situasi yang terdedah, kata beliau lagi. 

“Apabila penunggang atau pemandu platform kami mengalami kemalangan di tempat kerja, mereka akan kehilangan pendapatan dengan serta-merta.

​“Oleh itu, NTUC dan persatuan gabungan kami telah mencipta Dana Penjagaan NTUC, yang merupakan dana bantuan jangka pendek, supaya apabila mereka mengalami kemalangan, kami boleh bertindak dengan segera untuk memberikan bantuan jangka pendek.

“NTUC ingin terus mendampingi ahli kami, terutamanya dalam keadaan semasa di mana terdapat kos sara hidup yang tinggi, untuk melakukan yang terbaik yang kami mampu. Ia bukan jumlah yang besar, tetapi ia juga bukan jumlah yang sedikit,” katanya.

Permohonan untuk mendapatkan bantuan di bawah skim ini akan dibuka pada 15 Januari 2024, dengan sejumlah $120,000 telah diperuntukkan terhadap inisiatif ini oleh Dana Penjagaan NTUC-U Care dan persatuan gabungan.

Baucar NTUC itu bakal diagihkan dalam tempoh 72 jam selepas permohonan diluluskan.

Untuk layak mendapatkan bantuan di bawah skim ini, antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah ahli perlu nemastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan keahlian berbayar yang berterusan dengan NDCA, NPHVA atau NTA pada masa permohonan. 

Butiran tambahan mengenai proses permohonan dan skim boleh didapati daripada persatuan masing-masing. 

Menurut NTUC, program itu akan dikaji semula pada pertengahan 2024 untuk memastikan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan menerusi pengagihan kedua. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >