NTUC Learning Hub, SP dilantik penyedia latihan dan pusat ujian pemandu teksi, kereta sewa privet
NTUC Learning Hub, SP dilantik penyedia latihan dan pusat ujian pemandu teksi, kereta sewa privet
Aug 11, 2020 | 5:28 PM
LTA berkata kededua institusi itu masing-masing akan memulakan pekhidmatan mereka mulai 15 Ogos dan 1 September 2020. - FOTO: Fail. -
“
PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah melantik NTUC Learning Hub sebagai penyedia latihan dan Politeknik Singapura (SP) sebagai pusat ujian kursus Lesen Vokasional Pemandu Teksi (TDVL) dan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL).“
Dalam kenyataannya pada Selasa (11 Ogos), LTA berkata kededua institusi itu masing-masing akan memulakan pekhidmatan mereka mulai 15 Ogos dan 1 September 2020.“
Dengan pelantikan NTUC Learning Hub itu, pusat tersebut akan menjadi penyedia kursus itu yang ketiga di Singapura.Dua lagi ialah ComfortDelgro Taxi dan Akademi Teksi Singapura (STA).

