Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTUC umum langkah strategik sokong pekerja

Ia termasuk sokongan bagi golongan PME dan pekerja gaji rendah
Aug 7, 2022 | 5:30 AM
39e80e4a-a554-48db-b541-08e5512250e5
- Foto BH oleh SYAMIL SAPARI

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mahu mewujudkan sekitaran pekerjaan pascapandemik lebih baik untuk pekerja di masa depan dan akan bekerjasama dengan mereka dari segenap lapisan, kata Setiausaha Agung, Encik Ng Chee Meng dalam perutusan Hari Kebangsaan semalam.

Pada masa yang sama katanya, NTUC yang telah pun membentuk Pasukan Bertindak Belia akan terus mendampingi golongan itu agar dapat mengetahui dengan lebih baik keperluan kehidupan dan pekerjaan mereka, demi memberi sokongan yang lebih baik.

Dalam perutusannya itu juga, pemimpin gerakan buruh itu turut menyatakan ia kini sedang bekerjasama dengan pemegang taruhan bagi mempertingkat perlindungan untuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif.

"Golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) kita menginginkan pekerjaan lebih baik dan bersaing di lapangan yang lebih seimbang.

"Untuk pekerja kita yang bekerja sendiri, seperti pekerja teras, mereka layak menikmati keadaan kerja lebih baik dan perlindungan perubatan. NTUC sedang bekerja keras ke arah itu, selain dalam bidang-bidang lain," katanya memberi jaminan.

Ketika republik ini semarak meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-57, NTUC ingin menyegarkan semula hubungannya dengan pekerja selain memperkukuh ekosistem sokongannya untuk pekerja.

"Walaupun kita berada dalam keadaan ekonomi yang bertambah baik dan keadaan Covid yang stabil, ketegangan geostrategik dan prospek ekonomi menimbulkan cabaran besar di masa hadapan. Di peringkat tempatan, keperluan dan aspirasi tenaga kerja baru juga sedang berkembang."

Tumpuan untuk membantu pekerja bersaing dengan cabaran teknologi melalui usaha-usaha latihan telah dijalankan.

"Kami terus berusaha untuk menyelaraskan latihan pekerja kami dengan strategi transformasi syarikat melalui pembentukan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC)," jelas Encik Ng.

Bagi golongan wanita, NTUC menyokong amalan mesra keluarga seperti aturan kerja fleksibel.

Menyentuh hal ini, Encik Ng menekankan bahawa NTUC mengambil berat cabaran yang dihadapi pekerja bergaji rendah dan akan terus mengembangkan Model Gaji Progresif (PWM).

"Bagi pekerja yang lebih tua, NTUC memperjuangkan lanjutan umur persaraan dan pemulihan kadar CPF bagi mereka yang ingin berada lebih lama dalam tenaga kerja."

"NTUC percaya cara yang mampan untuk menangani inflasi adalah untuk membantu pekerja kami memperoleh kemahiran yang lebih baik untuk mengambil pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik.

"Kami juga telah bekerja keras untuk memastikan harga barangan keperluan runcit stabil dan mudah dicapai melalui perusahaan sosial kami seperti NTUC Fairprice," ujar Encik Ng.

"Walaupun kita berada dalam keadaan ekonomi yang bertambah baik dan keadaan Covid yang stabil, ketegangan geostrategik dan prospek ekonomi menimbulkan cabaran besar di masa hadapan. Di peringkat tempatan, keperluan dan aspirasi tenaga kerja baru juga sedang berkembang." - Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg