Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTUC usul rangka kerja sebagai panduan syarikat tangani dengan adil proses hentikan pekerja

Jul 24, 2020 | 5:19 PM
LAYAN PEKERJA DENGAN ADIL: Setiausaha Agung Kongres Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng berharap Rangka Kerja Pembuangan Kerja Yang Adil (FRF) yang diusulkan pihaknya dapat dijadikan panduan dalam syarikat terjejas memberhentikan pekerja secara bertanggungjawab. Foto ini dirakam ketika Encik Ng bertemu pekerja Resorts World Sentosa (RWS) beberapa bulan lalu sebelum resort bersepadu itu mengumumkan ia perlu membuang pekerja hasil impak wabak Covid-19 pada sektor pelancongan. - Foto FACEBOOK NG CHEE MENG
LAYAN PEKERJA DENGAN ADIL: Setiausaha Agung Kongres Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng berharap Rangka Kerja Pembuangan Kerja Yang Adil (FRF) yang diusulkan pihaknya dapat dijadikan panduan dalam syarikat terjejas memberhentikan pekerja secara bertanggungjawab. Foto ini dirakam ketika Encik Ng bertemu pekerja Resorts World Sentosa (RWS) beberapa bulan lalu sebelum resort bersepadu itu mengumumkan ia perlu membuang pekerja hasil impak wabak Covid-19 pada sektor pelancongan. - Foto FACEBOOK NG CHEE MENG -

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mengusulkan satu Rangka Kerja Pembuangan Kerja Yang Adil (FRF) sebagai panduan bagi syarikat mengamalkan langkah memberhentikan pekerja secara bertanggungjawab.

Dalam kenyataannya hari ini (Jumaat, 24 Julai), NTUC menjelaskan sedang masa depan ekonomi Singapura kekal tidak menentu, perniagaan juga terjejas dengan pekerjaan individu juga dilanda risiko.

Justeru, dengan lebih banyak pembuangan kerja menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam beberapa bulan mendatang, NTUC menggesa syarikat yang terjejas agar memastikan keterbukaan, ketelusan dan rundingan bersama pihak kesatuan dan pekerja dapat dijalankan.

Syarikat berkenaan juga perlu mengamati FRF dalam melindungi hak pekerja dan memastikan layanan adil diberi buat mereka yang diberhentikan kerja.

NTUC menambah FRF ini akan melengkapi penyata nasihat tiga pihak yang ada di samping garis panduan mengurus tenaga kerja berlebihan dan pembuangan kerja yang wajar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Sejajar dengan itu, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menulis di Facebooknya mengenai rangka kerja tersebut.

"Keadaan paling menekan apabila seseorang kehilangan pekerjaannya. Saya faham betapa sukarnya keadaan ini. Dengan ketidaktentuan ekonomi, saya menjangkakan lebih banyak pembuangan kerja berlaku dalam beberapa bulan mendatang.

"Di NTUC, kita akan lakukan yang terbaik bagi membantu anda menyelamatkan pekerjaan anda dan memadankan anda dengan pekerjaan yang sesuai jika anda kehilangan tugasan tersebut - anda tidak putus asa, kami juga tidak akan putus asa (membantu anda)," jelas Encik Ng.

Sambil menggesa syarikat yang terjejas agar bertanggungjawab dan adil dalam langkah yang diambil ketika memberhentikan pekerja, Encik Ng berkata rangka kerja yang diusulkan NTUC itu berlandaskan tiga pegangan:

1. Melindungi Teras Kesingapuraan dengan membantu warga Singapura mengekalkan pekerjaan sedang pertimbangan sewajarnya diberi kepada pekerja asing.

2. Mengekalkan pekerjaan buat pekerja dengan campur tangan awal. Sebelum pembuangan kerja, pilihan seperti pekerja dipinjamkan ke tempat lain, urusan berkongsi kerja, kerja sambilan, pemotongan gaji kolektif dan perihal lain harus diteroka. Lebih baik mengurangkan kos bagi menyelamatkan pekerjaan.

3. Menyediakan sokongan buat pekerja dengan memberi pakej pembuangan kerja yang adil dan menyertai Majlis Keselamatan Pekerjaan NTUC. Bersama NTUC, syarikat yang terjejas boleh memberi pertolongan kepada pekerja mengenai cara mendapatkan pekerjaan baru dan meraih kemahiran baru jika diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg