LANGKAH-LANGKAH kawalan pencegahan dilaksanakan dengan ketat di kesemua projek ubah elok Hospital Universiti Nasional (NUH), kata jurucakap NUH dalam kenyataannya hari ini.
Menurut jurucakap itu, mereka sedar adanya kelompok baru Covid-19 di kawasan ubah elok NUH sepertimana yang diumumkan Kementerian Kesihatan semalam.
"Langkah kawalan jangkitan dilaksanakan dengan ketat di semua projek ubah elok dalam lingkungan hospital. Tapak ubah elok telah dihadang dan setiap kakitangan dan pengunjung tidak dibenarkan masuk kecuali bagi kakitangan yang diberi kuasa berbuat demikian.
"Kesemua 14 kes melibatkan pekerja dari salah satu kontraktor kami. Kami sedang memantau keadaan dengan amat rapi dan usaha menjejak kontak sedang dijalankan," kata jurucakap itu lagi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg