Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nurul Izzah berada di SG di bawah Fellowship S R Nathan

Dec 7, 2021 | 5:30 AM
Cik Nurul Izzah Anwar.
Cik Nurul Izzah Anwar. -

ANGGOTA Parlimen Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar, kini berada di Singapura selama empat hari di bawah Fellowship S R Nathan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Beliau diundang ke sini oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, tambah kementerian itu.

Dalam kenyataannya semalam, MFA berkata:

"YB (Yang Berhormat) Nurul Izzah Anwar, anggota parlimen bagi Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia akan melawat Singapura di bawah Fellowship S R Nathan mulai 6 hingga 9 Disember 2021, di atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan."

Fellowship S R Nathan merupakan program peringkat tinggi di mana pemimpin asing, personaliti terkemuka dan pembentuk idea diundang ke Singapura untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman mengenai isu-isu yang saling menguntungkan dengan pemimpin Singapura dan pegawai kanan pemerintah.

Fellowship itu dilancarkan bekas Presiden S R Nathan dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, pada November 2012.

Semasa lawatan itu, Cik Nurul Izzah akan bertemu Dr Balakrishnan, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar Negara merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; dan Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.

Cik Nurul Izzah juga akan menerima taklimat daripada agensi-agensi di Singapura mengenai perancangan bandar dan ketersambungan digital, dan melawat Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Pejabat Khidmat Sosial Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Kolej Pusat Institut Pendidikan Teknikal.

Beliau merupakan anak kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Undangan Fellowship S R Nathan lain sebelum ini termasuk Mayor bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, Encik Mohammad Ramdhan Pomanto dan Pengerusi Suruhanjaya Ehwal Dalam Negeri Parti Komunis Vietnam (CPV) dan Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat CPV, Encik Phan Dinh Trac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg