Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NUS lancar Kolej Kemanusiaan dan Sains baru

Tempatkan fakulti sastera dan sains kemasyarakatan dan fakulti sains, peralihan besar cara belajar tradisional dalam disiplin berasingan
Dec 9, 2020 | 5:30 AM
BINCANG MASA DEPAN KERJA: (Dari kiri) Setiausaha Tetap Kedua, Kementerian Pendidikan, Cik Lai Wei Lin; moderator Profesor Tan Eng Chye, Presiden NUS; dan Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sea, semasa perbincangan panel berjudul The Future of Work (Masa Depan Kerja) sempena perasmian Kolej Kemanusiaan dan Sains, NUS. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
BINCANG MASA DEPAN KERJA: (Dari kiri) Setiausaha Tetap Kedua, Kementerian Pendidikan, Cik Lai Wei Lin; moderator Profesor Tan Eng Chye, Presiden NUS; dan Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sea, semasa perbincangan panel berjudul The Future of Work (Masa Depan Kerja) sempena perasmian Kolej Kemanusiaan dan Sains, NUS. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) semalam melancarkan sebuah kolej baru yang akan menempatkan dua fakulti tertuanya - sastera dan sains kemasyarakatan, dan sains - dan akan menerima kira-kira 2,000 mahasiswa.

Kolej Kemanusiaan dan Sains, yang akan menerima kumpulan pelajar pertamanya pada Ogos 2021, menandakan peralihan besar daripada cara belajar tradisional dalam disiplin berasingan.

Kedua-dua fakulti ini bermula pada 1929, dan akan terus beroperasi secara berasingan.

Pelajar akan kekal tamat pengajian dengan ijazah kepujian dalam sastera, sains kemasyarakatan atau sains dalam tempoh empat tahun.

Tetapi perbezaan utama ialah mereka harus mengambil 13 modul umum dalam bidang rentas bidang pengajian berbeza, seperti pemikiran desain, kecerdasan buatan (AI) dan penyelidikan saintifik.

Pelajar akan menghabiskan sepertiga keseluruhan kurikulum mereka dalam modul sedemikian, yang akan memberi tumpuan pada pendekatan intelektual dan hubungan rentas disiplin ilmu.

Topik lain termasuk pengajian Asia, pemikiran komputasi serta komuniti dan keterlibatan.

Pelajar juga akan mengambil dua modul antara disiplin tahap lebih tinggi pilihan mereka. Ini bertujuan menyatukan pengetahuan rentas disiplin.

Dengan perubahan ini, modul yang membentuk keperluan utama pelajar akan membentuk sepertiga keseluruhan kurikulum.

Ini lebih rendah daripada 50 peratus atau lebih beban akademik sedia ada.

Di bawah sistem baru itu, ijazah berganda juga dapat dilakukan dalam masa empat tahun.

Mereka yang mengambil dua major daripada dua jenis ijazah berbeza akan diberi ijazah berganda.

Pada masa ini, pelajar biasanya perlu melanjutkan pengajian selama satu semester atau satu tahun untuk mengikuti ijazah berganda sedemikian.

Pada satu taklimat semalam, Presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye, berkata struktur kurikulum baru itu akan memberi pelajar lebih banyak kelonggaran dalam mengolah program mereka sendiri, kerana beban kerja untuk keperluan bidang major dan minor kedua juga akan dikurangkan, lapor akhbar The Straits Times.

Pelajar akan dapat mengikuti sebarang major serta major kedua daripada satlah satu fakulti itu, atau mengambil gabungan major dan minor.

Lebih 1,000 modul setahun akan tersedia untuk mereka pilih.

Profesor Tan menyatakan walaupun ada minat dalam kalangan pelajar untuk mengambil major kedua kedua atau minor, hanya 15 peratus daripada mereka dari dua fakulti itu melakukannya sekarang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg