UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) akan bekerjasama dengan dua universiti mapan Indonesia, untuk merangsang inovasi dan keusahawanan.
Di bawah memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani semalam (16 July), NUS - menerusi cabang keusahawanannya NUS Enterprise - akan menawarkan biasiswa kepada pelajar dari Universiti Indonesia (UI) dan Universiti Gadjah Mada (UGM) untuk menghadiri program Sarjana Sains dalam Penciptaan Usaha di sini yang akan bermula tahun depan.
Pihak universiti juga akan memperkenalkan satu inisiatif di Indonesia untuk membangunkan dan mempertingkat usaha start-up dalam bidang teknologi.
Penandatanganan MOU di persidangan inovasi InnovFest, dianjurkan NUS Enterprise, ditayangkan secara langsung dalam talian.
InnovFest merupakan acara empat hari Asia Tech x Singapura, yang dianjurkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), yang berakhir semalam.
Timbalan presiden inovasi dan keusahawanan di NUS, Profesor Freddy Boey, menandatangani perjanjian itu dengan naib ketua penyelidikan dan inovasi UI Dr Nurtami; serta ketua UGM, Profesor Panut Mulyono.
Penandatanganan itu disaksikan oleh Profesor Nizam, pengarah besar pendidikan tinggi Kementerian Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia.
NUS Enterprise telah terlibat dalam ekosistem inovasi dan keusahawanan di Indonesia sejak 2017 menerusi inisiatif seperti Kolej Luar Negara NUS dan Program Musim Panas Perusahaan NUS dalam Keusahawanan
NUS Enterprise telah menyokong sehingga kinilebih 250 start-ups dari Singapura dan Indonesia, menawarkan sokongan inkubasi dan akses kepada pasaran menerusi rangkaian global Block71
Profesor Boey berkata NUS Enterprise telah meneruskan untuk memupuk ekosistem keusahawanan bertenaga di Jakarta dan Yogyakarta, dengan langkah yang termasuk kerjasama dengan inkubator Sinagpura dan instituisi pendidikan.
"Dengan insiatif bersama baru ini, kita berharap...untuk menghasilkan gelombang pengasas start-up seterusnya dalam bidang teknologi," kata beliau.
Dr Nurtami berkata kerjasama itu akan saling memanfaatkan bagi universiti untuk melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan khidmat masyarakat.
"Ia akan menawarkan pelajar kita dengan peluang untuk memperbaiki kemahiran peribadi, kreativiti, etika, inovasi dan keusahawanan," tambahnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg