Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NWC akan bincang garis panduan gaji tahunan

Aug 16, 2023 | 12:40 PM
KESEJAHTERAAN PEKERJA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada 21 Ogos untuk menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja bergaji rendah.
KESEJAHTERAAN PEKERJA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada 21 Ogos untuk menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja bergaji rendah. - Foto BT

Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada 21 Ogos untuk membangunkan garis panduan tahunan mengenai gaji dan pekerjaan untuk tempoh dari 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.
 
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa perbincangan NWC akan mengambil kira beberapa faktor utama, termasuk prestasi dan ramalan ekonomi Singapura, keadaan pasaran buruh semasa dan trend inflasi.

NWC juga akan memberikan panduan bagi pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) untuk golongan pekerja bergaji rendah.

Menurut kenyataan itu lagi, panduan tersebut akan menampilkan jadual gaji terperinci untuk gaji progresif pekerjaan untuk pekerja pentadbir dan pemandu, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2024.

NWC, sebuah badan tiga pihak, merancang untuk mengeluarkan garis panduan itu pada awal November 2023.

NWC mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsi pandangan dan cadangan mereka mengenai isu-isu berkaitan gaji.

Mereka boleh mengemukakan maklum balas mereka kepada Sekretariat NWC melalui laman  go.gov.sg/nwc-feedback-2023 sehingga 1 September 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg