Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NWC bersidang 1 Sep untuk bentang garis panduan gaji tahunan

Aug 26, 2022 | 4:50 PM
KESEJAHTERAAN PEKERJA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada Khamis ini dan antara lain dijangka menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja bergaji rendah. - Foto
KESEJAHTERAAN PEKERJA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada Khamis ini dan antara lain dijangka menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja bergaji rendah. - Foto - AFP

MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC), akan bersidang pada 1 September ini untuk mengeluarkan garis panduan tahunan menyentuh soal gaji dan berkaitan pekerjaan.

NWC adalah sebuah badan tiga pihak yang terdiri daripada pihak yang mewakili majikan, pekerja dan pemerintah.

NWC berharap untuk mengeluarkan garis panduan pada akhir Oktober ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini, ia menyatakan bahawa perbincangan itu akan mengambil kira kedua-dua pemulihan ekonomi sepanjang tahun lalu, serta prospek ekonomi global yang tidak menentu pada masa hadapan.

Seperti yang disarankan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) tahun lalu, NWC juga akan menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja bergaji rendah.

Ini termasuk butir-butir gaji progresif pekerjaan bagi para pentadbir dan pemandu, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2023.

Menurut Pengerusi NWC, Encik Peter Seah, menyatakan bahawa ditengah-tengah iklim geopolitik yang tidak menentu dan kos perniagaan dan kehidupan yang meningkat, transformasi perniagaan dan tenaga kerja harus diteruskan untuk menyokong pertumbuhan gaji yang disokong oleh kenaikan produktiviti.

"Fleksibiliti gaji adalah kunci bagi syarikat-syarikat kita untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi, meningkatkan jaminan pekerjaan untuk para pekerja, dan memastikan bahawa gaji mereka diselaraskan dengan cara yang adil dan mampan.

"Saya mengalu-alukan perbincangan yang rancak dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak kami pada minggu-minggu akan datang untuk membangunkan garis panduan yang tepat pada masa untuk para majikan," ujar beliau.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan mereka mengenai isu-isu yang berkaitan dengan gaji, dan cadangan mereka mengenai garis panduan yang akan datang. Mereka boleh mengemukakan maklum balas mereka kepada Sekretariat NWC melalui laman mereka sehingga 9 September 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg