Nyalakan cita-cita mesej vokalis kumpulan rok dalam filem NDP
Premium
Nyalakan cita-cita mesej vokalis kumpulan rok dalam filem NDP
Aug 8, 2023 | 5:30 AM
IMPIAN TERCAPAI: Pemain bes dan vokalis utama kumpulan rok 53A, Bani Hidir akhirnya bakal membuat persembahan di Perbarisan Hari Kebangsaan 9 Ogos setelah tanam impian itu sejak di sekolah. - Foto NDP EXCO
Menyanyikan lagu Hari Kebangsaan di dewan sekolah sambil mencipta alat muzik ‘shaker’ sendiri telah mencetuskan impiannya untuk terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).
“Saat saya menyanyikan lagu itu di dewan sekolah, ia seolah-olah saya membuat persembahan untuk NDP. Akhirnya impian itu sudah menjadi kenyataan dan diri saya yang ‘kecil’ ini tentu sekali terharu dan syukur dengan peluang ini,” luah pemain bes dan vokalis utama dari kumpulan rok tempatan 53A, Bani Hidir.
Laporan berkaitan
Anak gigih sertai bapa dalam
NDP 2023Jul 31, 2023 | 12:40 PM
Genderang Melayu semarak muzik dalam NDP 2023Jul 24, 2023 | 5:41 PM

