PENGENDALI khidmat basikal dikongsi, oBike, yang berhenti beroperasi secara tiba-tiba minggu lalu, sedang bekerja rapat dengan pihak relevan untuk mencari cara bagi memulangkan wang pendahuluan penggunanya.

Menerusi satu kenyataan semalam, oBike meminta maaf atas segala kesulitan kepada semua pihak yang terjejas dan berkata pihaknya sedang berusaha menangani keprihatinan yang ditimbulkan sejauh ini.