Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

oBike sedang dalam proses memulangkan wang pendahuluan pengguna

Jul 1, 2018 | 6:25 PM
PULANGKAN WANG PENGGUNA: oBike berkata mereka akan mengumumkan seluruh proses pulangkan wang pendahuluan bagi pengguna selepas selesai menyiapkan butirannya.
PULANGKAN WANG PENGGUNA: oBike berkata mereka akan mengumumkan seluruh proses pulangkan wang pendahuluan bagi pengguna selepas selesai menyiapkan butirannya. - Foto THE BUSINESS TIMES

PENGENDALI khidmat basikal dikongsi, oBike, yang berhenti beroperasi secara tiba-tiba minggu lalu sedang bekerja rapat dengan pihak relevan untuk mencari cara bagi memulangkan wang pendahuluan penggunanya.

Menerusi satu kenyataan hari ini (1 Julai), oBike meminta maaf atas segala kesulitan kepada semua pihak yang terjejas dan berkata mereka sedang berusaha menangani keprihatinan yang ditimbulkan sejauh ini.

Selepas oBike berhenti beroperasi secara tiba-tiba minggu lalu, pengguna bimbang sama ada mereka boleh mendapatkan semula wang pendahuluan mereka, iaitu sehingga $49, yang telah dibayar untuk menggunakan basikal oBike.

oBike meyakinkan pengguna bahawa seluruh proses pengembalian wang pendahuluan itu akan diumumkan selepas selesai menyiapkan butirannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg