MANTAN menteri kabinet Ong Pang Boon telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi - Pingat Khidmat Cemerlang, sebagai mengiktiraf khidmat dan dedikasinya terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP) selain sumbangan meluasnya kepada Singapura.
Beliau, yang pernah menjadi antara lain mantan Menteri Pendidikan (1963-1970) dan Menteri Tenaga Manusia (1970), menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAP Lee Hsien Loong semasa Majlis Anugerah PAP65 dan Konvensyen PAP, di Singapore Expo, semalam.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg