Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi CNB: Dadah nilai lebih $100,000 dirampas, 4 suspek ditangkap

Jul 20, 2019 | 6:00 PM
f2b7d3db-1dc0-438d-8273-c386ec34c44c
- CNB

Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menangkap empat individu yang disyaki pesalah dadah dan merampas dadah bernilai $101,000 dalam satu operasi pada Jumaat (19 Julai).

Dua warga Singapura - seorang lelaki berusia 67 tahun yang disyaki mengedar dadah dan seorang pelanggan lelaki berusia 58 tahun - dan dua warga Malaysia - seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang perempuan berusia 26 tahun - ditangkap.

Sekitar 1.25 kilogram dadah heroin dan 132 gram dadah 'ice' dirampas, dalam operasi di Kampong Arang Road itu, kata CNB dalam kenyataannya.

Jumlah heroin itu cukup digunakan sekitar 596 penagih dadah selama seminggu, tambah CNB.

Siasatan sedang dilakukan, kata CNB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg