Operasi MOH urus program pemulihan di rumah 'tertekan' dek kes melonjak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi MOH urus program pemulihan di rumah 'tertekan' dek kes melonjak

Sep 24, 2021 | 5:30 AM

Operasi MOH urus program pemulihan di rumah 'tertekan' dek kes melonjak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
52eef8cd-5b58-4ff7-ae30-da4ff7be48cb
-

DENGAN lebih banyak kes Covid-19 kini menjalani pemulihan di rumah, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata operasinya untuk mengurus kes di bawah program itu kini menghadapi tekanan.

Ini menyebabkan kelewatan dalam menghubungi kes positif, yang dinasihatkan untuk mengasingkan diri di dalam bilik di rumah sementara menantikan untuk dihubungi MOH.

"Dengan Pemulihan di Rumah kini kaedah utama pengurusan jagaan bagi kes, dan semakin banyak kes setiap hari, operasi lapangan kami amat tertekan," kata seorang jurucakap MOH, yang menjawab pertanyaan media.

Sekitar 40 peratus daripada kes Covid-19 setiap hari kini menjalani pemulihan di rumah, kata jurucakap itu lagi.

Pesakit dimasukkan ke hospital dan kemudahan penjagaan masyarakat (CCF) jika mereka berusia 80 tahun dan ke atas, 70 dan ke atas jika tidak divaksin, atau mempunyai penyakit lain.

MOH semalam turut menerbitkan senarai soal yang sering ditanya untuk memberi penjelasan tentang pemulihan di rumah:

1. Siapa layak menjalani pemulihan di rumah?

Untuk memastikan katil hospital diberikan kepada mereka paling memerlukannya, Pemulihan di Rumah ialah kaedah pemulihan utama bagi individu yang sudah menerima vaksin penuh: berusia 12 hingga 69 tahun; bergejala ringan atau tiada gejala; tidak mempunyai penyakit lain; anggota keluarga mereka tidak termasuk warga emas (lebih 80 tahun) atau individu mudah terjejas (seperti individu hamil, mempunyai tindak balas imun lemah atau menghidapi beberapa penyakit; boleh asingkan diri dalam bilik, lebih baik jika bilik itu ada tandas sendiri.

2. Saya telah dimaklumkan bahawa ujian PCR (reaksi rantai polimerase) positif. Tiada orang yang telah menghubungi saya untuk meminta saya memulakan pemulihan di rumah atau di CCF. Apakah yang perlu saya lakukan sementara menunggu?

Bilangan kes yang melonjak telah menyebabkan kelewatan dan kami memohon kesabaran dan kefahaman anda. Kami sedang menyelaras operasi dan akan menghubungi anda secepat mungkin.

Sementara itu, asingkan diri anda dalam satu bilik di rumah, lebih baik jika bilik itu ada tandas sendiri dan pakai pelitup jika perlu keluar dari bilik.

Jika anda tidak sihat, anda boleh hubungi penyedia khidmat teleperubatan: https://go.gov.sg/telemedicineproviders.

Anda akan menerima SMS mengenai maklumat lanjut tentang apa yang perlu dilakukan semasa Pemulihan di Rumah.

Usah hubungi talian kuarantin, MOH atau Pengurus Mutu Khidmat kerana ia akan mengganggu sistem itu.

Kami sedang menubuhkan sistem teman Pemulihan di Rumah dan meningkatkan sumber kami, dan teman Pemulihan di Rumah itu akan menghubungi anda.

Dapatkan anggota isi rumah anda untuk mendaftar diri bagi arahan kuarantin elektronik (eQO) di:

Ask your household members to self-register for a eQO:

Anda juga akan dikeluarkan Arahan Pengasingan untuk 10 hari.

3) Saya belum menerima pek jagaan di rumah, siapa perlu saya hubungi?

Pek jagaan di rumah hanya dihantar jika anda tidak mempunyai oksimeter di rumah. Hubungi teman Pemulihan di Rumah.

Barang yang penting ialah oksimeter untuk memantau tahap oksigen dalam darah.

Kami akan menghantarkannya menerusi penghantaran tanpa kontak.

4) Saya di bawah eQO dan anggota isi rumah tidak dibenarkan meninggalkan rumah. Bagaimanakah saya perlu dapatkan makanan, barangan rumah atau bekalan perubatan?

Cuma tempah barangan yang boleh dihantar ke rumah. Jika kita, dapatkan bantuan oleh saudara mara, anggota keluarga dan rakan. Bagi perubatan, dapatkan khidmat teleperubatan 24 jam. Jika anda perlukan perubatan, ia akan dihantar kepada anda.

5) Bagaimana pastikan anggota isi rumah saya selamat jika saya perlu ambil makanan, tukar pakaian atau buang sampah?

Jika anda perlu keluar dari bilik untuk melakukannya, pastikan tiada orang berada berdekatan pintu bilik anda. Pakai pelitup pembedahan sebelum membuka pintu, buat apa yang perlu, dan kembali ke bilik dengan segera.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman MOH di https://www.moh.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg